Sunday, July 5, 2009

Santai hujung minggu di rumah.....

Naufal dah mula makan nasi campur sayur hijau. Leow semangkuk.
Santai hujung minggu...

Saturday, July 4, 2009

Pena....

Busy..........


Thank you Auntie Sha & Uncle Farris.

Breakfast Nasi Lemak Ayam Goreng

Thursday, July 2, 2009

Pesan Mak

Macam-macam menda mak pesan.... segenap pelusuk perkara mak dah cover.

Dulu masa arwah tok dan ata masih ada, mak selalu ingatkan aku untuk telepon depa sekali-sekala bertanya kabar. Aku tak membantah dan sejurus saja bercakap dengan mak, aku terus telepon ke sana. Tapi, terkadang aku leka dengan hidup sendiri dan akan telepon bertanya kabar apabila mak ingatkan kembali.

Oleh sebab mak adalah single point of contact (SPOC) untuk kami anak-anak, maka segala cerita terkini dan sensasi adalah melalui mak. Tapi, ada banyak gaks menda yang kami adik-beradik tahu dari mulut empunya diri, bezanya maklumat cepat atau lambat hampir basi.

Mak pesan mesti jaga silaturrahim... adik beradik mesti bersatu. Biar jauh di mata, tapi selalu dekat di hati. Haihh.... rindu laa nak lik penang. Rasa tak sabar nak tunggu Ogos.

Tuesday, June 30, 2009

Ph.D

Pagi ni insyallah aku akan mulakan langkahku dalam meneruskan perjuanganku untuk menuntut ilmu ke peringkat yg lebih tinggi. Aku sering mendoakan agar isteri dan anak2 ku akan menjejak langkah yg sama seperti aku. Lebih daripada itu, aku juga mengharapkan moga adik2 aku dan anak2 saudara ku kalau boleh semua ada cita2 untuk berjuang ke peringkat yg lebih tinggi. Niat aku insyallah setelah berjaya kelak, aku ingin menolong anak bangsa ku dengan cara apa sekali pun. Moga perjuangan ku ini diberkatiNYA dan direstui. Amin............

Allah Maha Besar.

Saturday, June 27, 2009

Alamak! bulatnya anak ku......

Perasmian mesyuarat pemuda UMNO....cawangan.

Tengok Khadijah lawan tokey....dia jalan di depan daddy dengan penuh yakin. Di belakang ialah daddy sambil melambai2 kepada para penyokongnya....

Putera puteri harapan bangsa.....

Bila Naufal dah stable duduk....hmmmmmppphh...


Inilah yg dikatakan.....selera makan, habis semangkuk.

Friday, June 26, 2009

Cerita balik sekolah

Khadijah pi skolah macam biasa hari nieh. Baliknyer pun sama cam hari-hari sebelumnya.

Satu jek yang berbeza.... naufal meraikan kepulangan kak long dengan penuh kegirangan sambil kaki menendang-nendang tatkala melihat kak long berjalan ke arah pintu. Gayanyer seperti sepurnama tidak ketemu. Pada kebiasaannya, kepulangan kakak disambut tanpa sebarang perasaan ketara. Heeee.

Tapi, bila nampak kelibat aku.... malu-malu kucing laks jadinyer..... sembunyi muka di bahu makcik. Eeleleleleele... anak ummi.

Letrik tak dak.....waaaahhhhh...sop..sop...sop...

TNB malam ni ada masalah bekalan ke kawasan rumah ku. Bekalan terputus dari pukul 8 malam sampai 1 pagi. Khadijah excited dengan candle light dinner di rumah. Naufal pun sama 1st time alami malam tanpa letrik. Masa time tidur masak laaa aku jadi kipas angin daripada pukui 11pm sampai 1245am.

Malam ni over time laaa... Aku ingat nak charge back sama TNB pasai depa lah routine kerja ku di rumah terganggu. Mana boleh!

Nang buti nang. Kui buti kui punya TNB.........

Thursday, June 25, 2009

Birthday Bapa

Happy birthday bapa. Kami sayang bapa... sayang amat sangat.

Thursday, June 18, 2009

Menyakat

Aku gelak sendiri setiap kali teringat keletah anak-anak. Tambah plak khadijah dah pandai bermain dengan adik, dan terkadang buat adik ketawa besar. Bukan je pandai buat adik ketawa, bagi adik nangis pun tak kurang hebat. Suka sakat adik, elok2 adik pegang dan belek2 mainan, dirampasnya mainan tu dan diletak jejauh. Dah tu, suh adik amik sendiri. Nangis la budak tu. Tapi adik ni mudah dipujuk. Tiada masalah.

Monday, June 15, 2009

Yang Naufal..........

Naufal pelik tengok muka ni. Dia akan belek muka sampaikan tidak berkelip matanya.
Kalau muka macam ni dia paling tak suka. Bila dia nak nangis aku kata no no no......jgn menangis dia boleh tahan nangis dia sampai kemut2 muka tahan nak nangis. Tapi sekali Ummi limpas di depan dia..... apa lagi uwaaaaaaaaaaa laaaaa...

Sunday, June 14, 2009

Masuk workshop........repair.....

Thursday, June 11, 2009

Sama......sama.

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Pengantin Baru Uncle Bob !

Apa Naufal buat dalam kereta ? Hmmmm!!